SELAMAT DATANG

JOM TERJAH!!

Anggota Polis Tembak Kepala Sendiri Kerana Masalah Rumahtangga?

Labuan – Tertekan dengan masalah rumah tangga, seorang anggota polis bertindak membunuh diri dengan menembak kepalanya menggunakan pistol dalam kejadian di perumahan polis di Ibu Pejabat Polis Labuan, malam tadi. Dalam kejadian 11.55 malam itu, mangsa Lans Koperal Mohd Sobri Abd Rahman, 29, ditemui mati oleh isterinya di rumah mereka. Ketua Polis Labuan Superintendan Adzhar Othman berkata, siasatan awal punca kejadian dipercayai masalah rumah tangga berkaitan cemburu namun siasatan lanjut masih dijalankan. “Sebaik sahaja dimaklumkan mengenai kejadian itu, saya bergegas ke lokasi kejadian dan mangsa disahkan sudah meninggal dunia. “Ketika kejadian berlaku isteri mangsa berada di dalam bilik dan hanya menyedari apabila terdengar bunyi kuat akibat tembakan,” katanya ketika dihubungiDifahamkan, jenazah mangsa akan diterbangkan ke rumah keluarganya di Gerik, Perak selepas bedah siasat.
0 Komentar untuk "Anggota Polis Tembak Kepala Sendiri Kerana Masalah Rumahtangga?"

Text Widget

Unordered List

 
Copyright © 2014 SELAMAT DATANG - All Rights Reserved
Template By Catatan Info