SELAMAT DATANG

JOM TERJAH!!

Pesawat Korean Air Lewat Berlepas Hanya Kerana Menu Kacang

SEOUL: Sikap pentingkan diri anak perempuan Ketua Pegawai Eksekutif Korean Air yang telah memaksa pramugara keluar dari pesawat sebelum beberapa minit pesawat itu berlepas menyebabkan penerbangan tersebut telah tergendala. Ia hanya kerana pramugara itu tersilap menu kacang kepadanya dan ini teah mencetuskan kritikan dari pelbagai pihak di negara tersebut. Kapal tersebut sudah berada diandasan untuk berlepas tetapi terpaksa berpatah balik ke terminal lapangan terbang New York kerana kejadian itu. Perempuan itu juga adalah naib presiden eksekutif syarikat diuruskan keluarga, Cho Yang-ho itu bertindak demikian kerana ketua pramugara gagal mematuhi manual standard menyajikan kacang yang tidak dipesannya dan dibungkus pula dalam plastik bukan mangkuk. Kerana kejadian itu pesawat tersebut telah tiba 11 minit lewat daripada jadual asal, seorang jurucakap Korean Air dalam reaksi awal berkata Hyun-ah telah mengambil pendirian bahawa penyelia kabin itu gagal memastikan keselamatan 250 penumpang. Juruterbang pesawat bagaimanapun turut bersetuju dengan keputusan wanita itu kerana ia melibatkan penerbangan jarak jauh selama 13 jam tetapi Kementerian Pengangkutan Korea Selatan pula sebaik menerima laporan itu mendakwa, kes tersebut sedang disiasat dengan teliti. “Kami perlu melihat sama ada ia melibatkan apa-apa pelanggaran peraturan keselamatan penerbangan dan jika siasatan mendapati sebarang kesalahan, tindakan yang sewajarnya akan diambil terhadap syarikat Korean Air,” kata jurucakap kementerian di Seoul. Pembangkang utama, New Politics Alliance for Democracy juga menggesa siasatan menyeluruh dan mendakwa Hyun-ah sepatutnya ada tanggungjawab menjaga imej syarikat penerbangan itu berbanding membuat kecoh hanya kerana menu kacang.
0 Komentar untuk "Pesawat Korean Air Lewat Berlepas Hanya Kerana Menu Kacang"

Text Widget

Unordered List

 
Copyright © 2014 SELAMAT DATANG - All Rights Reserved
Template By Catatan Info