SELAMAT DATANG

JOM TERJAH!!

Ratu Cantik Dunia 2014 Milik Miss Afrika Selatan

Sekali lagi, Pertandingan Ratu Cantik Dunia melakar sejarah buat tahun 2014 apabila seorang gadis jelita dari Afrika Selatan telah dinobatkan pada pertandingan akhir yang berlangsung di London, semalam.
Miss Afrika Selatan bernama Rolene Strauss, 22 tahun ini telah dinobatkan sebagai Ratu Cantik Dunia 2014 sekaligus dikalungkan selempang dan mahkota berkilauan oleh Ratu Cantik Dunia 2013, Megan Young dari Filipina. Strauss yang merupakan seorang pelajar perubatan berjaya menduduki takhta pemenang sebelum diraikan dengan acara kemuncak bunga api di pusat pameran ExCeL di timur London. Manakala, naib juara pertandingan ini dianugerahkan kepada Miss Hungary, Edina Kulcsar dan pemenang ketiga diberi kepada Miss Elizabeth Safrit. Selain itu, acara ini turut memberi anugerah khas kepada Ratu Cantik Dunia 1994, iaitu bintang Bollywood terkenal Aishwarya Rai. Aishwarya Rai, 41 tahun hadir ke atas pentas di temani keluarga tercinta iaitu suaminya, Abhishek Bachchan dan anak perempuannya serta ibu pelakon India itu.
Menurut laporan AFP, keputusan pertandingan akhir ini disaksikan oleh billion penonton menerusi kaca televisyen dari seluruh dunia.
0 Komentar untuk "Ratu Cantik Dunia 2014 Milik Miss Afrika Selatan"

Text Widget

Unordered List

 
Copyright © 2014 SELAMAT DATANG - All Rights Reserved
Template By Catatan Info