SELAMAT DATANG

JOM TERJAH!!

Cara Kemaskini BR1M 2015 Bantuan Rakyat 1Malaysia 4.0

Pengemaskinian maklumat peribadi penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sedia ada iaitu yang pernah menerima bantuan tersebut sebelum ini perlu dibuat bagi memastikan penerima tidak tercicir daripada menerima bantuan pada tahun 2015 Malah ada dikalangan penerima BR1M sedia ada telah menerima surat pemberitahuan yang memaklumkan supaya mengemaskini bagi memastikan permohonan mereka dapat diproses dengan sempurna berdasarkan maklumat terkini Berikut adalah lampiran surat kemaskini maklumat pemohon yang di hantar ke alamat penerima
TIDAK PERLU MEMBUAT PERMOHONAN BARU Sebagai makluman, penerima tidak perlu mengemukakan permohonan baharu sebaliknya hanya perlu membuat kemaskini mulai 1 Disember 2014 sehingga 31 Disember 2014 Seperkara lagi, penerima yang tidak memberikan maklumat nombor akaun bank pada permohonan lalu, disyorkan memberikan maklumat akaun bank untuk BR1M 2015 melalui sistem kemaskini online atau manual (guna borang) bagi memudahkan dan mempercepatkan penyaluran bantuan SKIM KHAIRAT KEMATIAN Penerima BR1M kategori Isi Rumah dan Warga Emas diminta untuk mengemukakan maklumat waris bagi tujuan pembayaran Skim Khairat Kematian yang memberi manfaat kepada waris dengan bantuan RM1,000, berkuat kuasa selama setahun ( 1 Januari 2015 sehingga 31 Disember 2015) CARA BUAT KEMASKINI BR1M 2015 Pengemaskinian maklumat boleh dibuat melalui cara berikut:- Online – Dengan melayari laman web rasmi e-BR1M di pautan https://ebr1m.hasil.gov.my
Seperti gambar diatas, penerima perlu klik pada menu Kemas Kini Permohonan dan anda dibawa ke laman sistem kemaskini permohonan dipautan https://ebr1m.hasil.gov.my/DefaultSemakanKeluar.aspx?m=k Sila masukkan No Mykad anda Klik pada butang Kemaskini Permohonan Ikut arahan seterusnya dan melengkapkan segala maklumat kemaskini anda PANDUAN MENGEMASKINI MAKLUMAT PERIBADI SECARA ONLINE Cara Kemaskini Maklumat Permohonan BR1M 2015 Online Manual - Mengunakan borang kemaskini yang boleh didapati di:- Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara Jabatan Pembangunan Persekutuan Jabatan Kebajikan Masyarakat Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan Online di laman sesawang www.hasil.gov.my PANDUAN MENGEMASKINI MAKLUMAT PERIBADI SECARA MANUAL Borang kemaskini yang sudah dilengkapkan hendaklah dihantar ke mana-mana cawangan/ Pusat Khidmat Hasil/ UTC Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) berdekatan Nota : Sila pastikan komputer atau pelayar internet anda dilengkapi dengan perisian Adobe Reader bagi membolehkan setiap lampiran panduan dan borang dapat dipaparkan dan dimuat turun (download) Disyorkan Penerima BR1M sebelum ini yang tidak memiliki akaun bank dinasihatkan membuka akaun di cawangan bank berhampiran yang diterima bagi tujuan pembayaran BR1M Saranan itu bertujuan supaya penerima BR1M yang memiliki akaun bank tidak lagi perlu beratur panjang menerima bantuan kewangan itu kerana wang akan disalurkan terus ke akaun bank penerima mengikut peringkat pembayaran Langkah ini juga mempercepatkan penyaluran bantuan kepada penerima di masa depan Senarai Nama Bank Yang Diterima Bagi Tujuan Pembayaran BR1M Affin Bank Berhad Agro Bank Alliance Bank Malaysia Berhad Am Bank Berhad Al Rajhi Bank Bank Islam Malaysia Berhad Bank Rakyat Bank Muamalat Malaysia Berhad Bank Simpanan Nasional Cimb Bank Berhad Citibank Berhad Hong Leong Bank Maybank OCBC Bank Public Bank Berhad RHB Bank Berhad Standard Chartered Bank Malaysia BHD Nota: Jenis akaun yang dibenarkan adalah akaun simpanan bank atas nama pemohon BR1M sahaja Akaun pinjaman, akaun bersama dan akaun syarikat adalah tidak dibenarkan Berikut adalah nilai BR1M 2015 yang akan diterima berdasarkan kategori dan peringkat bayaran dilaksanakan
br1m 2015 Talian Bantuan Penerima yang mempunyai pertanyaan boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 (LHDNM) atau 03-8882 4565/4566 (Kementerian Kewangan) ataupun emel ke br1m@treasury.gov.my
0 Komentar untuk "Cara Kemaskini BR1M 2015 Bantuan Rakyat 1Malaysia 4.0"

Text Widget

Unordered List

 
Copyright © 2014 SELAMAT DATANG - All Rights Reserved
Template By Catatan Info