SELAMAT DATANG

JOM TERJAH!!

Lubang Bersaiz Raksasa Muncul di Siberia

Satu pasukan ekspedisi mendesak untuk menyiasat sebuah lubang raksasa yang muncul secara tiba-tiba, di kawasan kaya dengan gas Siberia utara. Lubang tersebut membentuk bulat sempurna, dan penyebabnya masih menjadi misteri.
Gambar yang diambil dari udara memperlihatkan lubang yang cukup dalam, dengan lebar sekitar 105 meter, yang terletak di Yamal Peninsula, Rusia utara. Dan sebuah pasukan terus menuju ke sana untuk menyiasat lebih lanjut, bagaimana lubang tersebut boleh terbentuk. “Satu pasukan sudah dihantar untuk menyiasat lubang, dan dijadualkan akan tiba di tempat kejadian ” tulis The Siberian Times. Ada yang membuat spekulasi jika ini adalah akibat kedatangan UFO, namun ada juga paka yang berpendapat jika ini berlaku akibat letupan gas bawah tanah yang terperangkap. Kawasan di sekitar lubang yang terbentuk secara tiba-tiba itu, terbakar. Dan ada tanda-tanda dari adanya api yang membakar kawasan tersebut. Namun ada juga yang menyatakan, jika lubang tersebut terbentuk kerana meteorit yang jatuh. Pasukan yang diterjunkan ke sana merupakan pakar dari Rusia, penyelidik Kutub, dan dari akademi sains Cryosphere. Mereka akan mengambil sampel tanah, udara dan air di sekitar tempat kejadian. Mereka juga ditemani oleh pakar dari kementerian Rusia. Masih terlalu awal untuk mengatakan apa penyebab lubang tersebut terjadi. Tetapi mereka memastikan jika lubang yang cukup untuk pendaratan helikopter Mi-8 ini, bukan hasil dari meteorit yang menghentam bumi.
0 Komentar untuk "Lubang Bersaiz Raksasa Muncul di Siberia"

Text Widget

Unordered List

 
Copyright © 2014 SELAMAT DATANG - All Rights Reserved
Template By Catatan Info